Nasional

FTV UPSI anjur FMEC GEGAR Kuala Selangor

Tanjong Malim, 1 Julai 2022: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) buat julung kalinya menganjurkan Formula Motorsport Education Competetion 2022 ( FMEC2022) yang bakal berlangsung pada 3 Julai ini di Litar Lumba Rakyat , Kuala Selangor.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff ketika berucap melancarkan FMEC2022 di perkarangan Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah berkata program anjuran Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) itu adalah satu inovasi yang berharga sesuai dengan FTV yang menyediakan latihan dalam bidang teknikal dan automotif.

Jabatan Teknologi Kejuruteraan FTV mencipta sebuah kereta lumba yang digunakan sebagai gimik pelancaran oleh Prof Md Amin yang dipandu oleh pensyarah, Dr Mohamad Amiruddin Ismail .

Beliau mengucapkan tahniah kepada Dekan dan seluruh warga kerja FTV yang bertungkus lumus merancang dan mengatur gerak kerja acara FMEC2022 yang akan berlangsung dan pastinya dinanti-nantikan masyarakat.

Beliau berkata baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan amanah kepada UPSI untuk membangunkan Pusat Penyelidikan dan Latian Automotif Termaju (CAART).

“Justeru, usaha melaksanakan kejohanan ini sangat bertepatan dengan hasrat tersebut dan saya berharap pihak FTV dapat memastikan pelaksanaan perkara tersebut dapat dibuat dengan jayanya,’ katanya.

Beliau berharap pertandingan dapat diteruskan pada setiap tahun dengan objektif melahirkan pelbagai inovasi pendidikan dalam bidang kejuruteraan dan rekabentuk seterusnya menarik minat para belia untuk menceburi bidang ini yang akhirnya akan menyumbang kepada melahirkan pakar dan tenaga kerja mahir kepada Negara.

Sementara itu Dekan FTV, Dr Mohd Azlan Mohammad Husain berkata FMEC merupakan acara yang julung kalinya berjaya dirancang untuk dilaksanakan oleh FTV UPSI yang akan berlangsung pada pada 3 Julai 2022 akan datang di Litar Lumba Kuala Selangor.

Objektif FMEC, katanya, adalah untuk menyerlahkan bakat pelajar dalam bidang rekabentuk, pembuatan automotive dan inovasi selain memberi peluang untuk pelajar menimba pengalaman pengurusan pasukan dan aspek keselamatan dalam sukan permotoran.

Beliau berkata sehingga kini, sebanyak 20 pasukan mengesahkan penyertaan dalam pertandingan ini melibatkan Politeknik, Kolej Komuniti, Pusat Giat MARA dan juga Institut Latihan Kemahiran.

“Sempena kejohanan kami membawakan Penampilan Istimewa iaitu Bekas Pelumba Rali Negara, Karamjit Singh, “ katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button