Nasionalpilihan

Diskaun serta pelanjutan tempoh pembayaran kompaun pengusaha pelancongan diluluskan – MOTAC

KERAJAAN meluluskan diskaun pembayaran sebanyak 40% dan melanjutkan tempoh pembayaran kompaun yang dikenakan kepada pengusaha pelancongan hingga 30 September ini.

Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi satu kenyataan semalam, kelonggaran itu adalah inisiatif kerajaan dalam membantu penggiat industri pelancongan yang masih terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Dalam kenyataan yang sama turut memaklumkan, pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang gagal memperbaharui lessen turut dikecualikan daripada dikenakan kompaun dalam tempoh berkenaan.

Namun, pengusaha perlu memastikan pemohonan pembaharuan lessen yang lengkap dikemukakan dalam masa 30 hari selepas tamat tempoh lesen itu.

Selain itu, pengusaha pelancongan berlesen turut diberi kelonggaran dalam menetapkan keluasan premis perniagaan, menjalankan perniagaan lain di dalam permis masing-masing serta menyewa secara ‘co-share office space’.

Inisiatif ini diharap dapat membantu meringankan beban penggiat industri yang masih terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

“Namun demikian, pihak kementerian menegaskan bahawa kegagalan untuk menjelaskan kompaun yang dikeluarkan boleh menyebabkan tendakan pendakwaan diambil kepada syarikat atau pemadu pelancong yang berkaitan,” menurut kenyataan. – SM

Artikel berkaitan > Pengecualian fi pembaharuan lesen pengusaha dan pemandu pelancong dilanjutkan

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button