Luar Negara

Fosil naga laut berusia 180 juta tahun, terbesar dan terlengkap ditemui

PARA saintis telah menemui fosil ‘naga laut’ terbesar dan paling lengkap pernah ditemui di Britain.

The Sun melaporkan pada semalam, rangka seekor Ichthyosaur iaitu seekor naga laut gergasi seperti ikan lumba-lumba ditemui di Ruthland Water, Rutland.

Ia berukuran sehingga 30 kaki iaitu hampir 10 meter sedangkan umurnya 180 juta tahun dan haiwan gergasi ini boleh membesar sehingga 82 kaki iaitu 25 meter.

Fosil Ichthyosaur pertama kali dipanggil naga laut kerana ia mempunyai gigi dan mata yang sangat besar.

Penemuan fosil itu dibuat oleh pemburu fosil dan ahli paleontologi, Mary Anning pada awal abad ke-19.

Ahli paleontologi, Dr Dean Lomax yang telah mengkaji spesis itu berkata, walaupun banyak fosil Ichthyosaur telah ditemui di UK, adalah luar biasa untuk berfikir bahawa penemuan di Rutland adalah rangka terbesar yang pernah ditemui di UK.

Itu benar-benar penemuan yang belum pernah berlaku sebelum ini dan salah satu penemuan terbesar dalam sejarah paleontologi British. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button