Nasional

Forum mengenai keupayaan mental di Malaysia

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB M. Kula Segaran
telah merasmikan forum mengenai cadangan penggubalan Akta Keupayaan Mental selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar untuk memperkasakan reformasi institusi dan sistem perundangan negara.

Akta Keupayaan Mental yang dicadangkan ini antara lain, bertujuan untuk membantu dan membolehkan seseorang untuk melaksanakan tindakan persediaan awal bagi dirinya daripada aspek pengurusan harta, keputusan perundangan, hal ehwal perubatan dan lain-lain keputusan/pengurusan dengan mengguna pakai suatu Lasting Power of Attorney sekiranya seseorang itu menjadi tidak upaya dari segi mental(mentally incapacitated) pada bila-bila masa sepanjang hayatnya.

Persediaan ini boleh dibuat sebelum seseorang itu menjadi tidak upaya daripada segi mental.
Forum yang telah dianjurkan pada hari ini adalah kerjasama strategik Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) bersama Medico-Legal Society of Malaysia yang memfokuskan keadaan masyarakat yang akan menghadapi fasa populasi penuaan (ageing population).

Forum ini turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Dewan Negara, Senator Isaiah D Jacobs, Senator Wan Martina Wan Yusoff, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, Michelle Ng Mei Sze dan Lim Yi Wei

Fokus utama forum ini adalah untuk memberi penjelasan mengenai konsep keupayaan mental individu seiring dengan prinsip ihsan yang diterapkan oleh Kerajaan MADANI dalam memperkasakan sistem perundangan negara dengan menggubal Akta Keupayaan Mental di Malaysia.

Forum ini merupakan langkah pertama dan kerjasama Kerajaan MADANI dengan pelbagai pihak berkepentingan swasta. Bagi mencapai menggubalan Akta Keupayaan Mental yang holistik sesi libat urus serta bengkel penetapan dasar perlu dilaksanakan pada tahun ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button