Fokus selesaikan masalah ekonomi! bukannya jadi juri dan kejar populariti
PARTI Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) mengecam Menteri Ekonomi Rafizi Ramli kerana mengambil keputusan untuk menjadi juri dalam rancangan televisyen iaitu Program Innovathon di Astro.
Naib Presiden GERAKAN Datuk Parameswaran berkata, penyertaan Rafizi itu sebagai satu perkara ‘canggung’ yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana menteri sebelum ini.
“Rafizi sedar atau tidak bahawa beliau adalah seorang menteri, bukannya artis. Kalau Fahmi Fadzil mungkin rakyat tidak bising”
“Sebagai seorang menteri, beliau sepatutnya fokus dalam menyelesaikan masalah ekonomi negara bukannya jadi juri dalam program televisyen malah berganding dengan artis terkenal, Fazura” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Parameswaran, tindakan Rafizi menjadi salah seorang juri tetap sudah pasti ia menyebabkan tanggungjawab utama sebagai menteri ekonomi tidak diberi perhatian secukupnya. Tidak menjadi juri pun ekonomi negara merosot apatah lagi bila terlibat sebagai juri.
“Siapa yang akan buat kerja ekonomi? Adakah perdana menteri selaku menteri kewangan itu mengambil alih?.
“Saya menggesa Anwar Ibrahim mengambil maklum terhadap menteri dalam kabinetnya ini. Jangan disebabkan ingin mengejar populariti, ekonomi dan negara tergadai” tegasnya.
Dalam pada itu, Parameswaran memberitahu sebaiknya letak jawatan sebagai menteri ekonomi sekiranya ingin mencari populariti dan bermain-main dalam menggalas tanggungjawab yang besar kepada negara.
DATUK PARAMESWARAN
NAIB PRESIDEN
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA