HiburanLuar Negara

Filem James Bond “No Time to Die” ditangguhkan lagi!

Siapa yang tak pernah menonton filem aksi antarabangsa, James Bond kan?

Penonton filem James Bond diharapkan dapat bertenang kerana katanya filem yang ke 25 dalam siri filem James Bond dan sepatutnya ditayangkan tahun ini telah ditangguhkan lagi.

“No Time to Die”, menampilkan teraju utama, aktor Daniel Craig sebagai spy dikatakan bakal ditayangkan di pawagam pada 2 April ini namun pihak produksi, Metro-Goldwyn-Mayer (MGM) mengumumkan filem itu akan menemui menonton pada 8 Oktober pula.

Menurut MGM, ini merupakan kali ketiga filem itu ditangguhkan sejak pandemik Covid 19 melanda seluruh dunia sehingga menjejaskan industri filem mereka.

Bahkan, panggung wayang juga diarahkan tutup selama beberapa bulan menyebabkan filem ini tidak lagi ditunggu-tunggu oleh peminat seperti sebelum ini.

Penangguhan tarikh tayangan filem “No Time to Die” memberikan impak yang besar kepada pemilik panggung wayang juga yang mana terdesak untuk mendapatkan pelanggan semula.

Selain filem “No Time to Die”, filem-filem blockbuster lain iaitu Marvel’s “Black Widow,” Universal’s “F9” dan Paramount’s “Top Gun: Maverick” turut ditangguhkan tayangan.

Filem dari Warner Bros. “Wonder Woman 1984,” pula telah ditayangkan secara serentak di dua platform iaitu pawagam dan HBO Max manakala filem dari Pixar, “Soul” dan Disney, “Mulan” tidak akan disiarkan di pawagam seluruh US tetapi akan ditayangkan secara streaming.

Selain syarikat perfileman besar ini, Sony Pictures Entertainment juga menangguhkan sekuel filem blockbuster, “Ghostbusters: Afterlife,” kepada tarikh baru iaitu 11 November ini yang sepatutnya ditayangkan pada 6 Jun.

Filem dari Sony yang akan disiarkan dalam masa terdekat ialah “Black Widow” pada 7 Mei ini dan”F9” pada 28 Mei ini.

(Visited 153 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button