Hiburan

Filem Duyung Aurora bukan sahaja ada perempuan, ada juga duyung lelaki

FILEM Duyung yang pernah menjadi Box Office pada tahun 2008 kini bakal diterbitkan sekali lagi dengan sekual, Duyung : Lagenda Aurora selepas 16 tahun iaitu kesinambungan filem romantik komedi fantasi.

Menampilakan terajui utama pelakon Anna Jobling untuk sebagai ‘duyung kedua’, mengisahkan kemunculan semula Puteri yang memohon bantuan Jimmy untuk menyelamatkan anaknya Aurora yang telah ditangkap oleh kumpulan pukat tunda haram. Dashman, kekasih Aurora yang juga anak kepada Jimmy dan Aspalela, memulakan pengembaraan untuk menyelamatkan Aurora dari kawalan Dr Evo.

 

Anna Jobling sebagai Duyung dalam filem Duyung Lagenda Aurora

Menurut pengarah filem ini, Prof Datuk Dr A Razak Mohaideen, bukan satu duyung sahaja akan ditampilkan malah akan wujudkan beberapa duyung sebagai tarikan dalam filem ini.

“Di samping mengetengahkan Anna sebagai anak duyung, kami juga berminat untuk mewujudkan watak duyung lelaki bagi mewarnai jalan cerita filem ini supaya lebih menarik untuk ditonton nanti,” katanya.

Filem yang bakal diterbitkan oleh KRU Studios Sdn Bhd dengan kerjasama 8 Bit Studio Sdn Bhd serta Primeworks Studios Sdn Bhd. Penerbit Eksekutifnya, Datuk Norman Abdul Halim.

Barisan pelakon utama yang membintangi filem ini iaitu Anna Jobling, Maya Karin, Saiful Apek, Ayie Floor 88, Yasmin Hani, Yassin Senario, Datuk Yusry Abdul Halim, Nadia Brian, Kumpulan Zero, Aniq Aqil, Aidilia Hilda, A. Shukoor Mohaideen dan ramai lagi pelakon yang akan muncul sebagai penampilan istimewa.

‘’Pemilihan Anna sebagai duyung dalam filem itu sangat menepati kriteria kerana dia mempunyai kebolehan berenang dan pernah mewakili Selangor.

“Kami memang mencari pelakon yang boleh berenang dengan baik sebab nak kena pakai kostum duyung itu bukan senang. Ia ada cabaran tersendiri dan kami lihat Anna dapat melakukannya dengan baik kerana dia boleh berenang.

Filem Duyung: Legenda Aurora ini memaparkan 22 buah lokasi secara keseluruhan di Langkawi dan sekitar Pulau Payar, selain di Lembah Klang dan Putrajaya.

Filem bergenre komedi fantasi yang berdurasi 110 minit ini dijangka akan memulakan penggambaran selama sebulan dari 13 September ini sehingga 13 Oktober depan dan bakal menemui penonton di pawagam tahun depan.

Artikle Berkaitan :>

Saliva Walit dan SW Gitu-Gitu Sdn Bhd meterai perjanjian Merchant dengan O2O Smart Store

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button