Nasional

FB Damian Mikhail Disekat Selepas Gelar Muzik Video Aliff Syukri ‘Memondan’

Rupa-rupanya tidak boleh mengusik perkara-perkara yang berkait dengan memondan atau LGBTQ kerana di Malaysia ini, ejen-ejen kebenaran bukti tentang akhir zaman berjaya berpusat di sini.

Sehingga hari ini, masih ramai ahli politik, menteri atau badan bukan kerajaan (NGO) tidak sanggup menghapuskan golongan ini kerana bagi mereka, kebersamaan perlu diharmonikan.

Kumpulan individu yang memiliki kuasa menafikan perintah Allah SWT bahawa perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam wajar dihapuskan dari muka bumi yang berdaulat ini.

Sudahlah Malaysia berpegang bahawa Islam merupakan agama bagi Persekutuan dan Raja-raja Melayu diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing.

Itu belum termasuk lagi dengan realiti bahawa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Namun disebabkan kurang penekanan ini di peringkat atasan atau tertinggi, segelintir masyarakat yang jelas mengabaikan perkara yang bercanggah dengan adat watan dan nilai Islam terus besar kepala.

Menurut Unit Kajian Ancaman Strategik Asia (SAT), terdapat beberapa individu telah disusun untuk menguasai kedudukan terpenting bagi menzahirkan negara ini sebagai sebuah negara liberal.

Lebih terperinci lagi, kumpulan ini telah meletakkan misi dan visi Agenda 2030 perlu disempurnakan dan jika gagal, satu ketetapan baharu dengan objektif yang sama akan disusun semula.

Maka untuk ke arah itu, elemen menormakan budaya-budaya songsang atau aneh perlu diterjemahkan dalam masyarakat secara berulang sehingga rakyat penat untuk menegur.

Perkara ini berlaku dari zama sejak sebelum 1957 lagi di mana cerita dahulu, orang-orang luar sedaya upaya cuba memurtadkan orang Melayu untuk meninggalkan agama menyembah Tuhan yang satu (Islam).

Disebabkan orang-orang Melayu di Tanah Melayu ini kuat, usaha itu gagal dan jika jati diri datuk nenek moyang kita lemah pada ketika itu, mungkin kita senasib dengan masyarakat Filipina ketika ini.

Suatu masa dahulu, mana-mana individu yang menukar karakter diri mereka (memondan) tidak berani untuk muncul di khalayak umum kerana tidak sanggup dikecam.

Namun hari ini, mereka menggunakan elemen hak kebebasan bersuara dan suara penindasan golongan rentan sebagai perisai paling hebat di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Bayangkan, hanya dengan Damian Mikhail menulis muzik video Datuk Seri Aliff Syukri yang berjudul Kelepok Raya pun Facebooknya disekat, fikir-fikirlah sendiri betapa ramai yang buat report!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button