Hiburan

Fazley Yaakob eloklah tinggalkan pentas GV8

BIDANG nyanyian bukan ‘makanan’ Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012, Datuk Fazley Yaakob walaupun beliau pernah masuk dalam dunia nyanyian serta menjadi penyanyi studio rakaman menempa nama sebagai penyanyi lelaki menerusi lagu popularnya, Asmara Ini.

Tidak ada apa-apa yang menghairankan apabila sejak minggu pertama Fazley melangkah ke pentas program realiti televisyen Gegar Veganza, netizen yang tidak menyukai Fazley mendoakan siang dan malam agar bapa kepada empat orang cahayamata ini tersingkir daripada pertandingan.

DATUK Fazley Yaakob – Gambar – GEMPAK

Memang dari dulu lagi range vocal Fazley tidak luas dan lagu beliau mudah dinyanyikan kerana ia monotonous.

Namun Fazley bukannya bercita-cita untuk duduk dalam liga bersama penyanyi lelaki yang hebat di era atau tahun 2000 ataupun cuba menjadi Anuar Zain.

Baginya cukup mempunyai album, bukan single seperti penyanyi hari ini yang juga nyanyian secara langsung atau live, ke laut dalam!

Ucapan ringkas tapi tepat keluar dari mulut Fazley… ya, tidak mahu melihat beliau jadi penyanyj, kunjungi restoren Suka Sucre Bistro miliknya yang terletak di Jalan Sri Hartamas, Kuala Lumpur kerana beliau sebagai seorang chef, lebih menonjol.

Kalau itu pun netizen masih enggan lakukan, tidak mahu menyokong bistro Fazley Yaakob, ertinya, sifat phd tanpa sebab adalah sifat yang memusnahkan orang kita sendiri.

Dari awal lagi Fazley memberitahu khalayak mengapa beliau masuk pertandingan ini yang sekadar menjadi batu loncatan untuk beliau ‘bermain-main’.

Jangan beranggapan Fazley penyanyi sendu kena masuk GV untuk popular kerana itu semua tidak ada dalam kamus hidupnya hari ini.

Sekurang-kurangnya Fazley sudah masuk dan keluar dari pertandingan pada minggu keempat dan pemegang rekod sebagai peserta kedua tersingkir.

Adat pertandingan apa sekalipun, ada menang ada kalah. Jadi, Fazley sudah boleh tumpukan perhatian 100 peratus kepada bistronya dan keluarga. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button