Hiburan

Fasha Sandha patah tulang mata kiri akibat terjatuh ketika ‘shooting’

Aktres Fasha Sandha dikejarkan ke sebuah hospital pakar di Johor Bahru selepas mengalami kecederaan pada bahagian mata dan kepala ketika menjalani penggambaran drama Anak Tuan, pagi semalam.

Akibat kecederaan itu, tulang mata kiri dikatakan patah, manakala bebola mata kiri berdarah dan bengkak.

Menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG), Fasha berkongsi video yang memaparkan babak dilakonkan sebelum mengalami kemalangan.

Difahamkan, kecederaan dialami serius kerana membabitkan bahagian kepala dan mata.

“Dari semalam telefon tidak berhenti berdering. Di sini, saya ingin membuat sedikit ‘update’. Maaf kakak sedang rehat secukupnya.

“Kakak mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set penggambaran Anak Tuan TV3, pagi semalam.

“Mata dan kepala terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola matanya kiri berdarah dan bengkak dan sedang dirawat di hospital pakar di Johor Bahru.

“Insya-Allah akan berpindah ke pakar di Kuala Lumpur petang ini atau esok pagi,” kongsi Fasha.

Menerusi hantaran berkenaan, Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan memaklumkan pihak produksi sudah memohon maaf kepadanya dan keluarga atas kejadian yang berlaku.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button