Ekonomi

Walaupun cacat sebelah mata mampu buat pallet kayu setading jenama IKEA

Selangor Youth Community (SAY) diasaskan oleh Duli Yang teramat Mulia Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, program ini diadakan bertujuan membantu usahawan OKU untuk terus kekal mapan dalam sektor ekonomi.


Raja Muda Selangor perkenan menobatkan empat usahawan orang kurang upaya sebagai Ikon usahawan OKU dan Usahawan OKU harapan Selangor pada pusingan akhir liga usahawan OKU Selangor edisi keempat.

Menariknya pada edisi kali ini, usahawan OKU pekak dan bisu turut menyertai dan menunjukkan potensi yang hebat seperti usahawan OKU lain dengan dibantu oleh jurubahasa Isyarat (JBI) semasa sesi pembentangan.

Pemenang utama dalam edisi kali ini dimenangi oleh Affendi Mun 41 tahun yang memiliki perniagaan Lanun kayu, pakar dalam pembuatan reka bentuk pallet kayu yang diusahakan sejak dua tahun lalu.

Walaupun usahawan tersebut buta mata sebelah kiri akibat kesan dari kemalangan sejak berusia lima tahun namun tidak menjadikan ia patah semangat untuk terus berjaya.

Menurutnya beliau mula belajar dari Youtube dan memulakan perniagaan selepas berhenti kerja di salah sebuah syarikat penerbangan.

“Pada awalnya ini merupakan satu hobi, saya suka bertukang dan membuat rak kayu serta permainan untuk anak-anak di rumah, selepas itu mula aktif buat barangan lain sehingga menerima tempahan dari jiran dan rakan.

“Selepas menyertai Program Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD), perniagaan semakin maju hingga tidak menang tangan,” katanya ketika ditemui selepas Pusingan Akhir SAY LEAD.

Tempat kedua dimenangi Amir Mohsin Mohd Bahrudin yang menjalankan perniagaan nasi lemak manakala tempat ketiga dimenangi oleh Irwan Faizuri Johari yang mengusahakan kedai runcit, Rizq Halal Mart.

Anugerah Usahawan Harapan dimenangi oleh Nur Aini Mohamad Mashudi yang mengusahakan perkhidmatan mencuci dan membersih.

Kesemua pemenang ini telah menerima wang tunai sebanyak RM3,000 beserta geran perniagaan.

(Visited 566 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button