NasionalNegeri

FAMA Perlis edar 45,000 biji telur ayam setiap minggu

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis mengedarkan 45,000 biji telur setiap minggu bagi menampung masalah kekurangan 50 peratus bekalan telur di negeri ini.

Pengarahnya Sharizan Mansor berkata, telur berkenaan diedarkan di 15 outlet peruncitan FAMA di negeri ini.

“Kita juga melakukan jualan terus di beberapa lokasi terpilih seperti di pasar tani,” katanya di pejabatnya di Kangar.

Beliau berkata, sejak 22 Disember lalu, sehingga kini FAMA telah mengedar 186,000 biji telur di negeri ini.


Katanya, disebabkan Perlis bukan negeri pengeluar telur maka seratus peratus bekalan sebelum ini diperoleh dari negeri pengeluar seperti Perak, Johor dan Melaka.

“Ketika kita berdepan dengan masalah bekalan ini, setakat ini hanya Melaka memberikan jaminan untuk membekalkan 45,000 biji setiap minggu,” katanya.

Beliau berkata, bekalan itu akan berlangsung sehingga masalah bekalan telur selesai.

Katanya, setakat ini semu gred telur diedarkah iaitu A, B dan C dan terdapat juga jenis Omega.

“Setakat ini permintaan tinggi untuk telur gred A dan B memang tiada masalaah,” katanya.

Bagaimanapun katanya, permintaan telur Omega jenis premium yang berkualiti tetap ada penggemarnya namun
pengguna tetap membeli kerana tiada pilihan. – SM

(Visited 112 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button