Mahkamah

Fahmi direman sehari

Hakim Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Nitya Ravindran hanya membenarkan pereka grafik kontroversi untuk direman satu hari sahaja.

Menurut peguam Rajsurian Pillai, polis telah telah memohon kepada majistret untuk mereman Fahmi selama empat hari.

“Ada tiga alasan yang diberikan oleh polis: untuk mengambil gambarnya, cap jari dan rakaman pernyataannya.

“Kami berpendapat bahawa semua itu dapat dilakukan dalam beberapa jam. Setelah mendengarkan hujah tersebut, majistret yang arif memutuskan untuk memberikan reman satu hari,” kata Rajsurian yang menemani peguam Yohendra Nadarajan.

Memetik laporan Malaysiakini, Fahmi akan membuat pernyataannya dirakam pada tengah hari ini oleh pegawai penyiasat yang bertanggungjawab dari unit jenayah rahsia Bukit Aman.

“Kami optimis dia akan dibebaskan dengan jaminan polis … selewat-lewatnya jam 5 atau 6 petang hari ini,” tambahnya.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button