NasionalNegeri

Fahami erti sebenar integriti – Raja Muda Perlis

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat lebih memahami pengertian integriti yang sebenarnya di mana jangan hanya mengaitkan ia dengan rasuah semata-mata.

Titah Baginda, sebenarnya integriti itu membawa maksud lebih meluas di mana ia merangkumi tatakelakuan yang melibatkan isu-isu nilai, etika dan pegangan agama seseorang.

Secara ringkasnya titah Baginda integriti boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu integriti individu dan integriti organisasi.

“Integriti individu adalah merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi,” titah Baginda.

Ini bermakna titah Baginda integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum.

“Integriti organisasi pula tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik,” titah Baginda.

Titah Bagjnda, kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehinggalah menjadi satu kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi atau ‘corporate culture’.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat mengetuai Program Kayuhan MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi menjejaki dan menyantuni asnaf di sekitar kawasan Kayang baru-baru ini.

Raja Muda juga menyerahkan agihan zakat MAIPs kepada tiga keluarga asnaf terpilih.

Ia terdiri daripada
Salmah Hassan 62, Miss Jehyoh, 63 dan Sepiah Seman, 81 tahun di rumah masing-masing. – SM

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button