Luar Negara

Facebook Trump akan dipantau

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mungkin akan berhadapan kesukaran dalam menggunakan media sosial Facebook selepas ini.

Perkara itu mungkin terjadi apabila Facebook dilapor akan membertimbangkan penggubalan dasarnya ekoran demonstrasi terhadap pembunuhan tahanan polis, George Floyd.

BACA > Covid-19: WHO kini nasihatkan orang sihat pakai pelitup muka di tempat awam — Suara Merdeka

Perubahan itu bakal dilaksanakan apabila pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg berkata akan menyemak semula dasar kandungan yang mengandungi ancaman.

“Kami akan melihat semula dasar membenarkan perbincangan dan ancaman menggunakan pasukan keselamatan. Kita akan lihat sebarang pindaan yang perlu dilakukan.

“Saya sedar, ramai merasakan kami patut menyekat status yang dimuat naik presiden minggu lalu,” katanya lapor portal Channel News Asia hari ini.

Beliau dilapor berkata demikian selepas Trump memuat naik pelbagai kenyataan berhubung insiden demonstrasi yang melanda AS.

BACA > Penjana mampu teruskan kelangsungan ekonomi rakyat — Suara Merdeka
BACA > Hanipa tuduh Muhyiddin takut? — Suara Merdeka

Antaranya adalah status yang mengandungi kata-kata, “when the looting statrs, the shooting starts” (bila rampasan berlaku, tembakan pun bermula).

Berhubung kenyataan itu, ramai beranggapan Zuckerberg akan menarik keluar kenyataan itu, namun beliau sebaliknya hanya membiarkan sahaja.

Tambah beliau, Facebook selepas ini akan lebih telus dalam membuat keputusan untuk menarik sebarang status yang dimuat naik.

Selain itu, mereka akan menilai semula dasar dalam memuatnaik kenyataan yang menyebabkan tekanan serta membina aplikasi khas untuk memberi justifikasi terhadap kata-kata perkauman.

Terdahulu, seorang lelaki warga AS berketurunan Afrika mati dalam tahanan polis apabila rayuannya sukar bernafas tidak diendahkan pegawai, Derek Chauvin.

BACA > Pembantu Syed Saddiq tuduh SPRM herdiknya — Suara Merdeka
BACA > Laman FB ntv7 MandarinNews dikecam padam undian Muhyiddin, Dr. Mahathir — Suara Merdeka

Floyd dilaporkan tidak sedarkan diri selepas Chauvin menekap lehernya dengan lutut ketika menahannya di Minneapolis. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button