Hiburan

Engku Emran bernikah dengan Noor Nabila hari ini

KHABAR angin berkenaan perkahwinan Noor Nabila dan Engku Emran akhirnya terjawab apabila mereka sah bernikah hari ini.

Khabar angin pernikahan mereka muncul beberapa hari lalu namun tidak ada pengesahan dari Noor Nabila yang juga kakak kepada selebriti, Neelofa.

Bagaimanapun, adiknta, Ameera Khan hari ini telah memuat naik gambar di laman sosialnya yang memaparkan majlis pernikahan tersebut.

Turut dipaparkan dalam gambar tersebut ialah perkataan walimatulurus Engku Emran dan Noor Nabila.


Kedua-dua pasangan itu sebelum ini sudah mendirikan rumah tangga masing-masing dan mempunyai seorang cahaya mata.

Engku Emran sebelum ini berkahwin dengan penyanyi dan pelakon, Erra Fazira manakala Noor Nabila pula bersama dengan pelakon, Sharnaaz. – SM

(Visited 360 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button