Nasional

Enam daerah di Selangor dikenakan PKP berkuat kuasa Khamis ini

Enam daerah di Selangor akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa Khamis ini (6 Mei) hingga 17 Mei.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, enam daerah itu adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dilaksanakan PKP.

Katanya, tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berkuat kuasa Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti pelaksanaan PKP yang dilaksanakan di Kelantan dan lima daerah di Kedah,” katanya dalam sidang akhbar harian COVID-19 hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pergerakan rentas daerah tidak dibenarkan kecuali atas alasan kecemasan atau kerja sahaja.


Ujarnya, aktiviti ekonomi masih lagi dibenarkan di enam kawasan yang dikenakan PKP dengan SOP yang ketat.

Ujarnya,  premis makanan seperti restoran, ‘food truck’, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga jam 12 tengah malam sahaja manakala kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga jam 10 malam.

“Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam 10 malam tetapi stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam.

“Selain itu, hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi seperti biasa manakala operasi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam 2 petang.

“Aktiviti bazar Ramadan akan diputuskan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Bagi mengetahui SOP lanjut berhubung PKP di enam daerah ini termasuk mengetahui apa yang boleh dilaksanakan dan dilarang sepanjang PKP, orang ramai boleh mengakses laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my-SM

(Visited 31 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button