Nasional

Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri tidak dibenarkan langsung tahun ini

PENGANJURAN rumah terbuka Aidilfitri adalah tidak dibenarkan sama sekali di mana-mana negeri pada tahun ini.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang akhbar harian petang tadi.

Berikut adalah prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri yang diumumkan untuk tahun ini.

– Takbir raya di masjid/surau di benarkan di kawasan PKP, PKPB dan PKPP namun mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri, takbir dari rumah ke rumah tidak dibenarkan.

– Solat sunat Aidilfitri dibenarkan di masjid/surau di kawasan PKP, PKPB dan PKPP, mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

– Jamuan hari raya di masjid/surau selepas solat sunat Aidilfitri hanya dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP sahaja.

– Ziarah hari raya di kawasan PKP dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa.

– Ziarah hari raya di kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan dari 1 hingga 3 Syawal, terhad 20 orang (PKPB) dan 25 orang (PKPP) pada satu-satu masa.

– Tuan rumah digalak menyediakan pengimbas suhu badan, kod QR MySejahtera atau buku pendaftaran kehadiran tetamu.

– Ziarah kubur hanya dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP, terhad enam orang bagi setiap petak kubur serta tidak melebihi 30 minit.

– Penganjuran rumah terbuka sama ada di kawasan PKP, PKPD, PKPB atau PKPP adalah tidak dibenarkan. -SM

(Visited 355 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button