Mahkamah

Saman fitnah RM10 juta: ‘I will see him in court’ kata Dr. M

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad memutuskan untuk menghadapi Khalid Abu Bakar di mahkamah susulan notis tuntutan yang diterimanya daripada bekas Ketua Polis Negara itu.

Dr. Mahathir berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya membalas notis tuntutan yang hantar Khalid kepadanya.

“Saya telah menerima notis tuntutan daripada bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Saya telah mengarahkan penguam untuk membalasnya. I will see him in court (Saya akan berhadapan dengannya di mahkamah),” kata Dr. Mahathir dalam kenyataan ringkas.

Khalid melalui notis tuntutannya memberikan Dr Mahathir tujuh hari untuk memohon maaf secara terbuka atas kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah bulan lalu.

Khalid turut menuntut Ahli Parlimen Langkawi itu menarik balik kenyataan disiarkan sebuah portal berita yang disifatkan tidak benar dan menjejaskan reputasi serta maruahnya selaku bekas KPN.

Kenyataan Mahathir yang disiarkan portal berita itu pada 16 April lalu bertajuk “Khalid Abu Bakar bocor rancangan pada Najib”.

Antara kandungannya yang didakwa memfitnah Khalid adalah “Tindakan ke atas Najib Razak gagal dilaksanakan lebih awal kerana dibocorkan oleh Ketua Polis Negara waktu itu Khalid Abu Bakar, dakwa Dr Mahathir Mohamad”.

“Perdana Menteri ketujuh itu mendedahkan demikian sewaktu menjelaskan komunikasi beliau dengan Zeti Akhtar Aziz sewaktu bekas penasihat kerajaan itu masih menjadi Gabenor Bank Negara.”

Khalid mengarahkan firma guaman Gunaseharan & Linda menghantar notis tuntutan kepada Mahathir pada 22 April lalu bagi menuntut beliau membuat permohonan maaf terbuka secara bertulis dalam portal berita itu dan media sosialnya seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.

Mahathir juga dikehendaki membuat akujanji tidak mengulangi kenyataan sama secara lisan atau bertulis di mana mana saluran media penyiaran, serta menarik semula kenyataan palsu bersifat fitnah.

Sekiranya gagal memenuhi segala tuntutan ini, Mahathir akan berdepan saman RM10 juta

 

 

 

(Visited 397 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button