Nasionalpilihan

Empat warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes resit hina Islam

Polis menahan empat individu warga Myanmar termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.
Memetik laporan BERNAMA, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata kesemua berusia 19 hingga 67 tahun yang mempunyai dokumen perjalanan diri itu ditahan di sebuah pondok dusun durian, Jalan Sungai Ara, dekat sini pada 16 Mei lepas.
“Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan kes itu dan tiga daripadanya iaitu dua lelaki bersama seorang wanita masih direman hingga 3 Jun.
“Sementara lelaki warga emas berumur 67 tahun direman hingga 20 Mei dan dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang hari ini.
Beliau berkata polis telah merekodkan keterangan beberapa individu dan akan mengambil keterangan sejumlah lagi individu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button