Nasionalpilihan

Empat remaja gaya aksi superman dicekup polis

Empat remaja ditahan polis selepas melakukan aksi berbahaya gaya ‘superman’ ketika menunggang motosikal di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin, (AMJ) berhampiran Bukit Piatu Melaka awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Kominsioner Christopher Patit berkata, semua mereka berusia 18 hingga 22 tahun ditahan selepas didapati menunggang secara berbahaya kira-kira pukul 3.45 pagi.

Menurutnya, kesalahan itu dikesan ketika seorang pegawai bersama anggota peronda lebuhraya polis (HMPV) menjalankan Op Motosikal di sekitar Lebuh AMJ, Bukit Piatu- Melaka Sentral.

“Semasa rondaan, sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda ditunggang remaja lelaki berusia 18 tahun didapati melakukan aksi ‘superman’ iaitu meniarap di atas tempat duduk dan mencelah di antara kenderaan yang lain.

“Mereka melakukan aksi berbahaya itu bermula dari Lebuh AMJ, berhampiran Bachang sehingga ke lampu isyarat Bukit Piatu sejauh kira-kira 700 meter sebelum suspek berjaya ditahan di lokasi sama kira-kira pukul 3.45 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Christopher berkata, beberapa minit selepas itu, pegawai polis berkenaan mengesan sekumpulan lagi penunggang motosikal bergerak dari arah Lebuh AMJ Bukit Piatu menuju Bachang sebelum mengarahkan anggota HMPV untuk mengekori dan mengecam suspek.

“Suspek lelaki berusia 18 hingga 22 tahun masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR telah melakukan dengan aksi ‘superman’ dan melakukan gerakan zig zag antara kenderaan awam lain pada kelajuan yang tinggi.

“Semua mereka kemudian memberhentikan motosikal di tepi jalan Lebuh AMJ berhampiran Bachang apabila diarah berbuat demikian oleh peronda HMPV,” katanya.

Tambahnya, keempat-empat remaja itu kemudian di bawa ke balai polis manakala motosikal disita untuk siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button