Nasional
Empat petugas barisan hadapan antara penerima awal vaksin
EMPAT petugas barisan hadapan Kementeriaan Kesihatan menjadi antara penerima awal vaksin Covid-19 bersama-sama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Mereka ialah Mereka Clement Marai Francis yang merupakan, pemandu di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya yang menjadi penerima kedua selepas Perdana Menteri.
Tiga lagi penerima pertama tersebut ialah Penolong Pegawai Perubatan, Khairul Asraf Mohd Yasin; Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Presint 9, Dr Tan Yee Ling dan Jururawat di Klinik Kesihatan Presint 9, Sheilla Mellisa Sikin.