EkonomiJenayah

Empat bank popular di Malaysia lepaskan batok di tangga, tak peduli hal pengguna!

Empat bank popular di Malaysia seperti Public Bank, CIMB Bank, Maybank dan Bank Rakyat didakwa memiliki sistem sekuriti yang sangat lemah.

Hal ini demikian kerana dalam media sosial, ramai pengguna daripada keempat-empat bank berkenaan berkongsi pengalaman buruk yang hampir serupa.

Yang paling popular berlaku transaksi tanpa rela oleh para scammer yang berjaya menceroboh data peribadi pengguna dan sedar-sedar sahaja, semua wang dalam akaun hilang sepenuhnya.

Ada yang kehilangan serendah RM5 dan paling tragis, ada yang kehilangan duit mencecah belasan ribu ringgit Malaysia dalam masa yang cukup singkat.

Masalah kehilangan duit secara tiba-tiba dari akaun bank bukanlah perkara baharu di Malaysia namun sejak akhir-akhir ini, kejadiannya terlalu kerap berlaku.

Biar pun laporan sudah dibuat dan pihak polis pun menyiasat kes tersebut, pelakunya tetap bebas dan masih gagal dikesan sehingga kini.

Paling mengecewakan, bank seolah-olah mahu melepaskan batok di tangga kerana tidak mahu bertanggung jawab atas perkara yang berlaku sebaliknya menyalahkan semula pengguna.

Mungkin tindakan mengeluarkan notis kepada pengguna supaya lebih berhati-hati dianggap sudah mencukupi tetapi percayalah, ia masih belum memadai kerana duit yang hilang tidak dapat diganti semula.

Sehubungan itu, instituti perbankan sepatutnya lebih mengetatkan sekuriti akaun pelanggan dan perlu menambah baik sistem sedia ada supaya tidak bocor pada masa akan datang.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button