Rata-rata peminat Elyana terkejut beruk apabila selebriti berkenaan tiba-tiba memuatkan naik sekeping gambar yang tidak bertudung.
Rata-rata jadi keliru apakah gambar berkenaan adalah gambar lama yang sengaja dikongsikan dalam media sosial atau gambar baharu yang sekadar ingin mencari perhatian.
Walau bagaimanapun, penyanyi lagu Diriku Tapak Sulaiman menutup ruangan komen dan usaha wartawan untuk mendapatkan Elyana buat masa ini masih lagi gagal.
Ada yang secara sinisnya berpendapat Elyana sekadar memakai tudung kerana risau untuk nyawanya dicabut ketika berperang dengan kanser.
Selebihnya apabila diberi semula nikmat bebas rasa sakit yang melampau akibat kanser, tudung pun ikut terbang entah ke mana.
Apa-apa cerita pun, perkara ini bukanlah dalam bidang majlis agama atau jabatan agama ikut perkara 3 (1) kerana yang di sana ramai jenis kerja hujung bulan gaji masuk dan asyik sumbat perut asnaf memanjang.
Hal berkait dengan jati diri dan akidah yang umat Islam secara nasional, harap NGO yang tegur lebih-lebih. Itu pun tetap tak jalan.
Negara ini tiada penguatkuasa agama atau bagaimana? Apa komen anda?