Nasional

 2 polis bantuan sanggup minta kad bank, nombor pin keluar wang

DUA anggota polis bantuan ditahan dipercayai meminta rasuah RM500 termasuk mengambil kad bank dan nombor pin untuk mengeluarkan wang daripada sepasang kekasih yang dikatakan berkhalwat dalam kejadian di belakang pusat beli belah di Johor Bahru.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, dalam kejadian pada malam Jumaat lalu, kedua-dua suspek mengeluarkan wang di ATM dengan mangsa, seorang lelaki menerima satu pesanan ringkas di telefon bimbitnya memaklumkan RM1,000 dikeluarkan dari akaun banknya.

Katanya, bertindak atas laporan dibuat mangsa, pegawai penyiasat bersama-sama anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan menangkap kedua-dua suspek termasuk merampas RM1,000.

Beliau berkata, kedua-dua suspek berusia 25 dan 32 tahun.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku semasa pasangan berkenaan yang sedang berkhalwat dalam kereta di belakang bangunan pusat beli-belah tersebut didatangi kedua-dua suspek yang bertugas sebagai polis bantuan di kawasan itu pada 10 malam.

“Sebagai ganjaran tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana berkhalwat dengan teman wanitanya dalam kereta, suspek meminta wang tunai RM500,” katanya menurut Sinar Harian.

Raub berkata, kedua-dua suspek direman empat hari. – SM

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button