Hiburan

Elizabeth Tan tak sangka gimiknya bakal berkahwin buat peminat lari

PENYANYI, Elizabeth Tan tidak menyangka yang peminatnya mengambil tindakan untuk ‘unfollow’ akaun Instagram miliknya hanya kerana gimik mahu berkahwin.

Menurut Elizabeth yang mesra disapa Lizzy itu, gimik mahu berkahwin itu hanyalah untuk mempromosikan lagu terbaharunya berjudul Beku.

“Saya ada memuat naik gambar dan video memakai busana perkahwinan dan disebabkan itu, ramai yang menjangka saya akan berkahwin secra senyap.

“Memang perkara itu mendapat perhatian peminat tetapi tak sangka pula ada yang sanggup nak ‘unfollow’ Instagram saya,” katanya.

Namun menurut Lizzy, dia sudah menjangkakan perkara tersebut akan berlaku kerana 80 peratus daripada peminatnya ialah lelaki.

Pekara itu jelasnya agak merisaukan terutamanya jika dia mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Memang risau juga bila peminat lari hanya kerana saya umumkan hendak berkahwin. Risau kerjaya terjejas,” katanya.

Mengulas mengenai idea gimik tersebut, Lizzy memberitahu yang perancangan itu datang daripadanya sendiri.

Ujarnya, perkara itu dilakukan memandangkan lagu tersebut akan dikeluarkan dalam masa yang sangat dekat.

“Kalau nak buat promosikan lagu tu ikut cara biasa macam tak efektif sangat.

“Itu yang saya beritahu pada pengurusan untuk buat sesuatu yang boleh tarik perhatian ramai dengan masa yang pantas,” katanya.

Katanya, dia juga tidak menjangka bahawa gimiknya akan mendapat perhatian yang sangat hebat daripada peminatnya.

Beku merupakan lagu ciptaan bersama John Jeevasingham, Firdaus Rahmat dan Omar K. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button