Luar Negara

Eksekutif Apple Letak Jawatan Selepas Diminta Untuk Kembali Ke Pejabat!

Ada banyak faktor yang mempengaruhi keputusan seorang pekerja untuk berhenti kerja, namun seorang eksekutif Apple Inc menggunakan alasan polisi kembali ke pejabat untuk meletak jawatan.

Ian Goodfellow, pengarah program Apple Machine Learning yang menyertai syarikat pada April 2019, telah bertindak untuk meletak jawatan sebagai protes kepada polisi kembali ke pejabat yang diperkenalkan.

Menurut email yang dihantar Goodfellow kepada Apple, punca utama kepada peletakan jawatan tersebut adalah kerana beliau merasakan pasukannya lebih fleksibal bekerja dari rumah daripada memasuki pejabat.

Umumnya, Apple telah melaksanakan polisi kembali ke pejabat bermula 11 April secara berperingkat, namun setelah 2 tahun bekerja di rumah terdapat segelintir pekerja syarikat berasa ralit untuk kembali kerana sudah berasa selesa bekerja dari rumah.

Sebagai makluman, Apple adalah syarikat pertama yang mengarahkan para pekerjanya untuk bekerja dari rumah pada Mac 2020, sebaik virus Covid-19 mulai mengganas dan merebak ke seluruh dunia.

la merupakan 1 keputusan yang drastik kepada syarikat yang mengamalkan amalan kerja kerjasama secara peribadi dan memfokuskan pembangunan produk perkakasan baharu oleh pekerja di pejabat.

Kemudian, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook telah membuat keputusan untuk memperkenalkan polisi kembali ke pejabat secara berperingkat mulai 11 April tahun ini, yang dikenali sebagai Hybrid Working Pilot.

Hybrid Working Pilot akan menyaksikan pekerja perlu kembali ke pejabat sehari dalam seminggu pada 3 minggu pertama, kemudian 2 hari seminggu pada minggu seterusnya.

Seterusnya 3 hari seminggu menjelang 23 Mei, dengan pilihan hari bekerja dari rumah pada Rabu dan Jumaat.

Sungguhpun begitu polisi tersebut menerima tentangan kuat oleh para pekerjanya yang menganggap undang-undang itu tiada fleksibiliti yang baik selain mengundang rasa takut.

Sehingga kini pihak Apple masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai penentangan berterusan terhadap polisi yang diperkenalkan
itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button