Eh! Rafizi bukan di New York ke?
TIBA-TIBA sahaja selepas dibebaskan daripada tuduhan di mahkamah tiba-tiba pejabat peguam negara telah membuat rayuan terhadap keputusan itu.
Maka Rafizi Ramli pun tiba-tiba timbul di alam twitter melepaskan kemarahannya dan disokong oleh Syed Saddiq Abdul Rahman hingga menimbulkan ketakutan peguam negara Thomy Thomas yang berjanji akan mengambil tindakan terhadap pegawainya yang ingkar arahan.
Inilah akibatnya apabila mencari pasal dengan kakitangan awam. Habis pegawai kerajaan bahkan KSU sendiri pun dibekukan dan digantikan dengan orang lain yang lebih bersifat tindakan politik.
Terbaharu Rafizi dikatakan telah dilantik sebagai pelobi minyak sawit peringkat global, dan itulah punca beliau tidak pernah tampil lagi di khalayak, tetapi sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan kerana kementerian terbabit masih lagi menutup mulut berhubung satu lagi pelantikan bermotifkan politik itu.
Mungkin dek seri wajah Rafizi dan kepakarannya beliau mencipta formula sesuai dijadikan maskot kepada produk sawit yang telah disahkan menambah seri wajah jika meminumnya sehari sesudu.
Jika benar moga Rafizi berjaya dengan misi terbaharunya walaupun formulanya untuk menurunkan harga minyak dan menghapuskan tol gagal sebelum ini.
Jika harga sawit naik kembali mungkin ia dapat mengurangkan dosanya kepada rakyat kerana berjanji palsu berhubung kadar tol dan harga minyak.
Tetapi Rafizi janganlah menunggu terlalu lama kerana para peneroka di tanah rancangan tidak lagi dapat bertahan dengan harga sawit yang merosot.