Rencah Hidup

Duta Sweden kagum keprihatinan Pemangku Raja Perlis terhadap rakyat

Duta Besar Sweden ke Malaysia, TYT Dr. Joachim Bergstrom kagum akan keprihatinan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mendalam terhadap nasib masyarakat yang memerlukan.


Duta Besar Sweden ke Malaysia itu juga tertarik dengan kronologi bagaimana sebuah kampung nelayan yang telah di transformasi menjadi salah satu tarikan utama pelancongan negeri dengan mencantikkan bangunan lama dan rumah-rumah kampung menjadi berwarna-warni dan indah.

“Saya percaya usaha-usaha menyalurkan bantuan dan membawa pegawai kesihatan seperti doktor untuk menyantuni dan merawat penduduk kampung ini akan memberi impak yang besar khususnya kepada penduduk setempat”, tambah beliau lagi yang sturut teruja dengan semangat kekitaan dan kebersamaan sepanjang kayuhan bersama Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis tersebut.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut serta ialah Pegawai Politik Kedutaan Sweden, Lova Von Beckerath.

Dr. Bergstrom dalam ucapanya menyatakan amat berbesar hati kerana dapat turut serta dalam kayuhan ini dan turut berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke Laman Bunga Raya, Jambatan Tuanku Syed Putra, Rumah Dodol Warisan dan menikmati makanan dan minuman istimewa Kuala Perlis seperti Laksa, Ketupat Palas, Aiskrim Malaysia dan bermacam lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut berkenan untuk menyempurnakan penyerahan sumbangan MAIPs kepada asnaf yang terpilih pada kali ini terdiri daripada Nordin Yusoff, 65 tahun, Ismail Saidin, 58 tahun dan Ibni Razak, 65 tahun, masing-masing dari Kampung Pulau Ketam telah menerima bantuan wang tunai RM700, Kits MAIPs Peduli dan beras fidyah bagi menampung keperluan harian masing-masing.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button