Nasional

DUN Sarawak memang berhak lucut kelayakan Dr Ting sebagai ADUN

MAHKAMAH Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak membuat keputusan betul dalam melucutkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut berhubung statusnya memiliki dua kewarganegaraan.

Ia membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 7-2, dan memetik Perkara 19 Perlembagaan Sarawak dan Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan bahawa DUN mempunyai kata putus dalam perkara seumpama itu dan prosiding DUN tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.

Ketua Hakim Negara Tan  Sri Tengku Maimun Tuan Mat  mempengerusikan panel sembilan hakim.

Hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf,  Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri David Wong Dak Wah.

Hakim Mahkamah Persekutuan pula terdiri daripada  Datuk Abdul Rahman Sebli, Datuk Mohd Zawawi Salleh, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Ong Lam Kiat, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

Dr Ting dilucutkan kelayakan sebagai ADUN pada 12 Mei, 2017, kerana memiliki dua kewarganegaraan iaitu Australia dan Malaysia susulan usul dibentangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak pada ketika itu Datuk Seri Wong Soon Koh.

Pengamal media itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuching pada 7 Jun, 2017, untuk mencabar keputusan DUN.- BERNAMA

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button