“Dulu sebelum ada ‘King’, kalau di jalan inilah ‘Champion’,” – Maszlee Malik
Pada era ini, kereta Perodua Myvi sentiasa diberi jolokan ‘King’ kerana selain boleh dipandu laju, model inilah paling banyak buat hal yang pelik-pelik.
Bukan nak salahkan kereta Myvi tetapi entah bagaimana pun tidak tahu, apabila seseorang itu memandu Myvi, karakternya akan berubah keseluruhannya.
Ibarat ada satu kuasa magis menyerap dari tangan ke seluruh tubuh apabila seseorang itu mula memegang stereng dan memijak pedal minyak.
Namun buat suatu masa dahulu sebelum Myvi tampil menerima jolokan ‘King’ ini, Dr. Maszlee Malik dedahkan siapa moyang kepada Myvi ini.
“Dulu sebelum ada ‘King’, kalau di jalan inilah ‘Champion’,” ujar Mazlee sambil berdiri di sebelah kereta Kancil yang merupakan generasi terawal Perodua.
Tidak dinafikan Kancil memang luar biasa jasanya biar pun kecil kerana dengan Kancillah, ramai pelajar boleh menyewanya untuk kemudahan bergerak.
Jika berada di tempat sempit, Kancil boleh menyelit di mana-mana sahaja dan kalau berada di tempat susah ‘parking’, Kancil boleh ‘parking’ di mana-mana sahaja. – SM