Nasional

Duit KWSP: Tidak wajar letak syarat bukti terjejas

ulama

KETIKA kerajaan bertegas tidak membenarkan kesemua pencarum KWSP keluarkan wang dari akaun 1, ramai yang bising dan berang.

Namun saya yakin apabila kerajaan sudah benarkan, ramai pula yang memikirkan kembali perlukah wang itu dikeluarkan.

Ini adalah kerana moratorium pembayaran hutang bank sahaja sudah cukup melegakan.

Oleh itu tidak perlu kerajaan atau KWSP meletakkan syarat yang pelik-pelik, lagi pun ia ada duit pencarum dan bukan duit kerajaan atau KWSP.

Kerajaan dan KWSP perlu melihat perspektif lebih luas iaitu kesan rangsangan kepada ekonomi daripada pengeluaran duit berkenaan.

Bagi mereka yang terjejas dapat menggunakannya untuk membeli keperluan harian. Sedangkan pada masa ini bukan sahaja mereka yang terjejas, bahkan yang tidak terjejas juga turut berhati-hati dalam berbelanja kerana tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku selepas ini.

Jadi dengan duit KWSP ini mereka yang tidak terjejas boleh melakukan atau memulakan perniagaan baharu atau usaha baharu dengan berpakat dengan rakan-rakan.

Sebagai contoh jika 10 orang bergabung sahaja mereka telah memiliki dana RM100,000 dan banyak usaha yang dapat dibuat dengan jumlah duit itu.

Ini adalah kaedah rangsangan ekonomi yang paling berkesan tanpa melibatkan perbelanjaan kerajaan dan kesannya adalah 10 kali ganda daripada BR1M atau BSH.

Faedahnya juga akan turut diperolehi oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk mereka yang sudah habis duit di dalam KWSP atau yang tidak pernah mencarumnya.

Jadi permudahkanlah mereka yang mahu mengeluarkan duit sendiri.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button