Nasional

Dua remaja lelaki dibawa arus ditemukan lemas

DUA  remaja lelaki dilaporkan hilang Jumaat lalu selepas dihanyutkan arus sungai semasa mandi di Sungai Rajang berdekatan pekan Durin, kira-kira 26km dari Sibu, ditemukan lemas hari ini.

Ketua Bomba Sibu, Andy Alie berkata, mangsa pertama, Justin Siaw ditemukan pada pukul 7.35 pagi manakala mangsa kedua, Kong Wei Seng pada 8.15 pagi.

GAMBAR Bomba.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 15 tahun itu ditemukan pada jarak antara lima dan 10km dari lokasi kejadian.

“Pengecaman kedua-dua mangsa dilakukan ibu bapa masing-masing di lokasi,” katanya menurut laporan Bernama hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, dua remaja tersebut dikatakan sedang mandi di sungai berkenaan bersama seorang lagi rakan apabila kedua-duanya dilihat dibawa arus dan terus tenggelam, kira-kira 10 meter dari jeti berhampiran. – SM

BACA Pelajar perempuan mati lemas cuba selamatkan kawan tergelincir

BACA Pelajar universiti awam mati lemas di pantai Cherating

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button