Nasional

Pelajar perempuan mati lemas cuba selamatkan kawan tergelincir

SEMANGAT setiakawan membawa padah apabila mangsa cuba menyelamatkan rakannya, mati lemas dihanyutkan air dan tenggelam di Lata Guling, Sungai Rual, Kelantan.

Kegembiraan tiga rakan mandi-manda di Lata Guling, berakhir dengan tragedi menyayat hati apabila salah seorang daripada mereka ditemukan lemas.

Lebih memilukan, kejadian berlaku ketika mangsa, Nor Aina Mohd Nasir, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeli mahu menyelamatkan seorang rakannya yang tergelincir.

Ketua Polis Daerah Jeli, Ahmad Ariffin berkata Nor Aina yang berasal dari Kampung Pasir Dusun bersama dua rakannya itu telah pergi ke tempat kejadian untuk mandi pada pukul 2.30 petang.

“Kira-kira pukul 3.05 petang, rakan Nor Aina iaitu Rosmaidayu Mohd Rasyid, 17, yang turun untuk mandi di lata itu telah tergelincir.

“Melihat keadaan itu, Nor Aina cuba menyelamatkan Rosmaidayu namun dia turut dihanyutkan air dan tenggelam,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ahmad berkata, Rosmaidayu berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung namun Nor Aina gagal ditemui.

“Pada pukul 3.35 petang, mayat mangsa dijumpai oleh abang kandungnya selepas melakukan selaman di kawasan kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat,” katanya. – SM

(Visited 352 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button