Nasional

Dua nelayan Indonesia diculik di perairan Lahad Datu diselamatkan tentera Filipina

KOMANDER Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Hazani Ghazali mengesahkan dua daripada tiga nelayan warga Indonesia yang diculik di perairan Lahad Datu pada September lepas telah diselamatkan pasukan tentera Filipina, awal pagi tadi.

Beliau berkata dua mangsa tersebut, Maharudin Lunani, 48, dan Samiun Maneu, 27, diselamatkan di Barangay Pugad Manaul, Panamo Sulu, manakala seorang lagi mangsa iaitu Muhammad Farhan, 27, masih belum diketahui nasibnya.

“Betul (dua nelayan warga Indonesia itu) diselamatkan tentera Filipina,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 23 Sept, tiga nelayan warga Indonesia dilaporkan diculik di perairan Lahad Datu, berhampiran sempadan selatan Filipina, kira-kira 11.50 pagi dan ketiga-tiga mangsa terbabit dipercayai diculik oleh tujuh lelaki bersenjata, sebelum melarikan diri ke arah perairan Pulau Tawi-Tawi, selatan Filipina. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button