Nasional

Dua maut dalam kemalangan kuari

Kejadian berlaku di Keramat Pulai

DUA pekerja kuari maut serta-merta selepas jengkaut yang mereka naiki terjatuh dan runtuh menimpa mereka di kuari batu kapur Keramat Pulai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai Mohd Sapri Yeop Mohammad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.17 malam semalam.

“Sepasukan anggota bomba dari Simpang Pulai dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati dua pekerja warga Bangladesh terperangkap di bawah jengkaut itu.

“Anggota bomba terpaksa menggunakan alat khas dan sebuah lagi jengkaut turut dihantar untuk membantu mengalihkan peralatan pembinaan berat dan mayat berkenaan,” katanya.

Mohd Sapri menambah, operasi mengambil masa kira-kira dua jam dan mayat diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Ini merupakan kejadian kedua membabitkan pekerja kuari yang tertimbus di bawah serpihan dan jengkaut di kuari batu kapur Keramat Pulai di sini.

Pada 8 Mac tahun lalu, tanah runtuh pada 8.30 pagi menyebabkan dua lelaki tertimbus di bawah runtuhan. Mangsa dikenali sebagai Itam Bah Lasoh dan Kheow Loo Siew Soon.

Sisa-sisa rangka mangsa yang tertimbus di bawah serpihan tanah runtuh ditemui selepas enam bulan. -SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button