Alam SekitarNasional

Dua insiden hampir cemar sumber air Selangor semalam

LEMBAGA Urus Air Selangor (LUAS) berjaya menghentikan dua insiden yang boleh mencemarkan sumber air Selangor sehingga menyebabkan bekalan air terganggu semalam.

Exco Selangor Kee Loy Sian berkata, insiden pertama berlaku di kawasan Industri Kundang Jaya berdekatan Sungai Gong.

Insiden kedua berlaku di Tasik Putrajaya sekitar jam 9.35 pagi disebabkan kebocoran skid tank paip saluran bawah tanah Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya yang boleh mencemarkan mencemarkan Sungai Langat.

Foto: FB Luas

Bagi inisen pertama, pihak LUAS mendapati pencemaran bau yang dikesan adalah daripada bahan biodiesel.

Keputusan ujian mencatatkan bacaan melebihi 10 ton pada aliran yang dilaporkan di kawasan yang disyaki di kawasan Industri Kundang Jaya.

“LUAS telah mengeluarkan Surat Arahan di bawah Seksyen 121(1), Enakmen LUAS 1999 kepada premis terbabit untuk menghentikan discaj efluen serta-merta dan melaksanakan tindakan pembersihan segera,” kata Loy Sian.

Menurutnya, pegawai LUAS juga sedang mengambil sampel air untuk memastikan keputusan Ujian Bau sentiasa berada dalam bacaan 0 ton

LUAS turut melaksanakan langkah nyah bau dengan meletakkan 12 beg bersamaan 300 kilogram activated carbon untuk mengawal pencemaran di lokasi pertemuan Sungai Kundang.

“Pensampelan dilaksanakan di tiga lokasi berbeza di sekitar aliran Sungai Kundang dan telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisa,” kata Loy Sian dalam satu kenyataan hari ini.

Insiden kedua di Putrajaya pula, Luas mendapati minyak diesel telah mengalir ke longkang Institut Kanser Negara (IKN) dan telah masuk ke dalam Tasik Putrajaya.

Foto: FB Luas

Katanya, pihak Perbadanan Putrajaya (PPJ) telah mengarahkan pihak IKN untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dengan segera bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

“Beberapa langkah mitigasi dijalankan oleh pihak IKN merangkumi pembaikan paip sambungan, meletakkan oil pad dan oil boom pada sistem saliran dan menyedut minyak yang telah bercampir.

“Insiden ini berpotensi mencemarkan Sungai Langat dan juga menghentikan tugas LPA Bukit Tampoi yang terletak di bahagian hilir anggaran 10 kilometer dari spiltway tasik berkenaan,” kata Loy Sian.

Menurutnya, LUAS telah memohon kerjasama pihak PPJ untuk segera meletakkan oil pad dan oil boom di kawasan spiltway Tasik Putrajaya ke Sungai Langat bagi mengelakkan pencemaran berlarutan.

Katanya, kedua-dua insiden tidak menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna.-SM

 

 

 

 

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button