Ekonomi

Dua anak syarikat Bank Rakyat tunai zakat perniagaan

Rakyat Holdings Sdn Bhd dan Rakyat Management Services Sdn Bhd tampil menunaikan zakat
perniagaan sebanyak RM662,966 dan RM500,000 kepada Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP) bagi tahun kewangan berakhir 2019.

Bank Rakyat dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM2.68 juta kepada MAIWP.

“Sumbangan zakat perniagaan ini adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan zakat sebanyak RM32.99 juta yang telah diluluskan oleh Bank Rakyat pada tahun kewangan berakhir 2019 untuk agihan tahun 2020,” katanya.

BACA> Gading Kencana labur RM150 juta bina ladang solar ke-3 di Perak

Penyerahan zakat perniagaan tersebut diserahkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada Pengerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee di Menara Kembar Bank Rakyat.

Penyerahan zakat perniagaan ini turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan serta Pengerusi Rakyat Management Services Sdn Bhd, Abd Rani Lebai Jaafar.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata, penyerahan sumbangan zakat ini diharap dapat membantu golongan asnaf mengekalkan kelangsungan bekalan makanan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19.

BACA> Bank Rakyat umum dua BOD baharu selari aspirasi 2025

“Kita menyeru agar institusi dan komuniti Islam terus melunaskan pembayaran zakat bagi membantu golongan yang terjejas terutamanya asnaf fakir dan miskin yang amat bergantung kepada bantuan semasa tempoh yang sukar.

“Semoga dengan kesempurnaan salah satu rukun Islam ini juga, perniagaan yang diusahakan Bank Rakyat bersama anak syarikatnya bertambah maju dan berkembang bagi membangunkan sistem perbankan Islam yang komprehensif yang bakal menyumbang kepada proses pertumbuhan dan pembangunan komuniti, negara dan global,” jelasnya. -SM

(Visited 237 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button