Dr. Tan Yee Kew Bawa Sinar Aidilfitri Untuk 500 Isi Rumah Kurang Berkemampuan
Sempena menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi, bantuan kewangan khusus buat warga Wangsa Maju yang kurang berkemampuan serba sedikit mampu memberikan sinar kebahagiaan.
Menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew dalam satu kenyataan, sebanyak RM100,000 telah disediakan buat kira-kira 500 isi rumah yang kurang berkemampuan.
“Bantuan kewangan tersebut boleh disifatkan sebagai sumbangan hari raya dan setiap isi rumah yang layak akan menerima RM200 bagi setiap keluarga.
“Sehubungan itu, mana-mana warga Wangsa Maju yang berpendapatan RM1,500 dan ke bawah serta memiliki anak berusia 15 tahun dan ke bawah digalakkan membuat permohonan,” kata kenyataan itu.
Untuk memohon sumbangan khas tersebut, warga Wangsa Maju boleh berbuat demikian menerusi permohonan di aplikasi Google Form menerusi pautan https://forms.gle/AsFPgYKbYSDzMx1q9