KesihatanLuar Negara

Britain perluas akses ubat antivirus Covid-19 Pfizer

BRITAIN akan memperluas akses kepada rawatan antivirus oral Covid-19 Pfizer kepada ribuan orang lagi dengan memasukkannya dalam ujian klinikal bagi menilai cara terbaik menggunakan ubat itu dalam populasi dengan kadar vaksinasi yang tinggi, kata Kementerian Kesihatannya, hari ini.

Paxlovid, gabungan pil baharu Pfizer dengan ubat antivirus ritonavir yang lebih lama disediakan buat ribuan orang yang terjejas sistem imunisasi di Britain pada Februari lalu.

Kini Paxlovid dimasukkan dalam kajian peringkat kebangsaan Panoramic di England yang menyediakan ubat antivirus kepada sebilangan besar pesakit sambil mengumpul data tentang cara terbaik untuk menggunakan ubat-ubatan tersebut dalam populasi dewasa yang telah divaksin.

Paxlovid didapati dapat mengurangkan risiko relatif kematian atau kemasukan ke hospital sebanyak hampir 90% dalam ujian klinikal individu berisiko tinggi yang diberi rawatan selama lima hari.

Britain melaporkan 170,000 kematian akibat Covid-19, dan Perdana Menteri Boris Johnson memetik ubat antivirus itu sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk belajar hidup dengan virus.

Beliau berkata, ia dapat mengurangkan kematian dalam kalangan individu yang tidak mendapat manfaat daripada perlindungan vaksin, seperti golongan yang terjejas sistem imun.

“Ketika kita belajar untuk hidup dengan Covid-19, United Kingdom terus menjadi peneraju dalam menggunakan rawatan termaju yang telah menyelamatkan nyawa ramai pesakit yang paling rentan di negara ini,” kata Menteri Kesihatan Sajid Javid dalam satu kenyataan.

Kajian Panoramic tersebut terbuka kepada orang dewasa berusia 50 tahun ke atas atau golongan berusia antara 18 dan 49 tahun dengan keadaan kesihatan yang boleh mendedahkan mereka kepada risiko lebih tinggi untuk teruk dijangkiti Covid-19.

Paxlovid adalah ubat antivirus kedua yang dimasukkan dalam ujian tersebut selepas molnupiravir, pil buatan Merck & Co dan Ridgeback Biotherapeutics yang tidak menunjukkan prestasi baik dalam ujian klinikal pentingnya.

Kementerian Kesihatan berkata, 20,000 orang telah menyertai kajian Panoramic itu yang menjana data mengenai molnupiravir dengan 17,500 orang lagi akan didaftarkan untuk mendapat akses kepada Paxlovid. – SM

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button