Dr Say pesan anak mudah jangan terpagaruh dengan Influencer
DOKTER Selebriti Dr Say Shazril yang terkenal di media menitipkan pesanan buat anak muda di luar sana tidak terpengaruh dengan pempegaruh media sosial.
Dr Say meluahkan di media sosialya berkongsi tentang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, dia juga bimbang dengan remaja kini banyak terpengaruh dengan ‘Lifestyle Mewah’ dari content yang tidak bermanfaat.
”Tak pernah saya kongsi keputusan SPM saya tapi hari ini tergerak hati nak kongsi keputusan SPM tahun 2005 saya dahulu. Kenapa sekarang terhegeh nak kongsi”
”Sebab saya gusar melihat adik-adik zaman sekarang yang merasakan pendidikan tidak penting. ‘Belajar tinggi-tinggi nanti kerja bawah orang jugak’, ‘Belajar tinggi-tinggi nanti takde kerja jugak’, ‘Belajar tinggi-tinggi nanti gaji ciput jugak’.
”Dik, pernah dengar tak ilmu membentuk peribadi? Kalau adik perhatikan yang banyak bising kat media sosial, yang kaki maki hamun caci itu ini kebanyakannya tin-tin kosong sebab rata-rata orang berilmu ni dia lebih memilih untuk berdiam diri untuk sibukkan diri dengan perkara yang lebih penting contohnya memajukan diri dan keluarga.
”Janganlah sebab beberapa founder yg kaya-raya atau influencer yang menayangkan gaya hidup mewah membuatkan adik-adik nak jadi youtuber, tiktoker atau influencer dan menepikan pembelajaran.
”Kita hidup ni lama dik dan ada pasang surutnya. Contohnya adik jadi tiktoker pastu adik tersalah buat posting yang membuatkan adik hilang semua pengikut adik dah pastu adik nak hidup macam mana?
”Sekiranya adik ada ilmu dalam bentuk diploma, degree, masters atau PHD, adik bila-bila boleh pulang kepada ilmu adik tadi. Yes, SPM bukan segala-galanya tapi zaman sekarang takde UPSR, takde PMR jadi sepanjang 11 tahun adik belajar dari sekolah rendah ke sekolah menengah, SPM ini sahaja akan menjadi kayu pengukur adik.
”Secara ringkasnya, tak kira apa jua keputusan SPM adik sama ada baik atau buruk, tepukkan untuk adik kerana berjaya memegang Sijil Pelajaran Malaysia. Sebab 2022, 30 ribu pelajar tak ambil SPM cukup mengecewakan.
”Apa jua keputusan yang adik perolehi ada hikmah di sebaliknya. Kalau teruk ia bukan pengakhiran hidup, teruskan usaha sambung pelajaran. Begitu juga kalau cemerlang teruskan usaha sambung pelajaran supaya nanti kita boleh berbakti.
”SPM ini adalah tiket kepada arah tuju adik-adik selepas ini. Abang dulu dapat keputusan macam ini yang membenarkan abang buat bidang perubatan”. Katanya.
Artikle berkaitan :>
“Saya Bukan Madam Atau Puan, Saya DR.” – Pensyarah Bengang Pelajar Tak Hormat Jawatannya!