NasionalPolitik

Dr. Mahathir mengaku terpaksa tolong taikun

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad  mengakui pendekatan yang digunakan untuk mengatasi krisis kewangan pada 1997 – 1998 adalah dengan menolong taikun di Malaysia.

Namun kata Perdana Menteri, langkah tersebut terpaksa diambil bagi mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini sengsara dan menjadi miskin.

“Memanglah baik jika kita tidak menolong taikun dan biarkan mereka dan perniagaan mereka rugi, gagal dan terpaksa ditutup.

“Dengan ini semua kakitangan mereka (yang kaya dan tidak kaya) akan menganggur. Eksport kita akan menurun dan tidak akan ada pengaliran wang asing ke dalam negara kita,” katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Dalam masa sama, ujar beliau, kerajaan akan hilang cukai korporat dan cukai pendapatan kerana sebahagian besar cukai dibayar oleh taikun.

“Sebahagian besar daripada dana kerajaan akan hilang. Operasi dan pembangunan negara tidak dapat diteruskan. Segala infrastruktur tidak dapat dibangunkan.

“Dalam keadaan kehilangan cukai ke atas taikun, kita terpaksa mengenakan cukai kepada yang bukan ditakrif sebagai taikun. Setelah membayar cukai oleh bukan taikun, mereka akan masuk dalam golongan mereka yang miskin,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, di beberapa negara pada era 70 tahun dahulu, taikun dibunuh dan harta mereka dirampas di beberapa buah negara.

“Semua perniagaan dan perusahaan diambil oleh pemerintah dengan harapan 100 peratus daripada keuntungan akan diperolehi kerajaan.

“Jika kita hendak kita boleh halau keluar semua taikun ini. Jangan tolong mereka. Biar mereka bankrap. Kita akan tolong yang bukan taikun sahaja.

“Tetapi dengan apakah yang kita hendak tolong bukan taikun ini selepas semua taikun tidak dapat bayar cukai?

“Saya minta maaf kerana tindakan saya mengatasi krisis kewangan 1997-1998 menguntung taikun,” katanya.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button