Politik

Dr. M dakwa pengguguran sebagai calon Pengerusi Bersatu tidak sah

TUN Dr Mahathir Mohamad membantah penggugurannya sebagai calon Pengerusi bagi pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang akan berlangsung Ogos depan.

Menurutnya, pengguguran itu tidak sah kerana mahkamah masih belum membuat keputusan rasmi berhubung status keahliannya bersama beberapa bekas pimpinan Bersatu yang lain

Dr. Mahathir mendakwa, dia masih lagi ahli Bersatu ketika ini dan layak untuk bertanding bagi mempertahan jawatan sebagai Pengerusi parti kerana beliau telah dicalonkan sebelum ini.

“Dia gugur tak sah. Kita masih lagi ahli melainkan kalau mahkamah kata pengguguran ini sah. Kalau tidak kita masih anggap diri kita ahli, dan (layak) memegang jawatan.

Tegas Dr Mahathir, beliau akan terus berusaha untuk melakukan tindakan susulan bagi mengekalkan kedudukannya dalam Bersatu.-SM

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button