Hiburan

Doakan saya dan Syamel – Ernie Zakri

PENYANYI, Ernie Zakri, 28, tidak meletakkan tahun ini sebagai sasaran untuk berkahwin sebaliknya mahu fokus kepada ibu bapa dan kehidupannya dahulu.

Menurutnya, soal perkahwinan ditolak ke tepi dahulu walaupun pada dia sendiri merasakan sudah tiba masanya untuk berkahwin.

“Umur saya sudah 28 dan memang dah patut pun untuk saya tamatkan zaman bujang. Cuma bila itu belum pasti lagi.

“Sebab sekarang saya fokus untuk menjaga ayah dan ibu sebab kakak dah berkahwin. Jadi, tinggal saya sahaja dengan ibu bapa,” katanya.

BACA> Suami yang tak nak jumpa anak sendiri – Lufya Omar

Menurut Erni, buat masa ini dia mahu merancangkan yang terbaik buat kerjayanya dahulu apatah lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu banyak memberi kesan pada penggiat seni.

Jelasnya, biarlah dia fokus untuk membeli rumah, kereta serta memberikan yang terbaik buat keluarganya dahulu sebelum memberi fokus pada perkahwinan.

“Hendak letak sasaran tu agak sukar sebab saya pun tak boleh jangka. Cuma doakan saya yang perkahwinan itu bakal terjadi tahun hadapan,” katanya.

Ditanya sama ada penyanyi, Syamel yang sering dikaitkan bercinta dengannya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, Ernie hanya meminta semua orang berdoa.

BACA> Mengaku transgender, Isma tak peduli dengan kecaman

Jelasnya, bakal calon suaminya juga sudah bersedia untuk berkahwin tahun hadapan dan berharap semuanya berjalan dengan baik.

“Saya kena cakap benda yang betul dan saya minta doakan kami berdua yang terbaik dalam soal perkahwinan,” jelasnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button