Politik

Ditolak PKR, Najib cadang DAP lantik Tun M sebagai Presiden

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan agar parti DAP melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Presiden parti itu.

Ini berikutan Parti Keadilan Rakyat menolak Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-9 dalam mesyuarat parti itu hari ini.

“Memandangkan DAP masih tegas untuk sokong PM7 jadi calon PM tetapi PKR kini sudah tolak secara rasmi, DAP patut ambil PM7 masuk DAP untuk menjadi presiden parti nya. Dengan ini DAP boleh calonkan pemimpin parti sendiri jadi PM,” cadang Najib.

Pemimpin-pemimpin pusat dan anggota parlimen PKR menolak hari ini menolak Dr. Mahathir sebagai calon perdana menteri ke-9. Sebaliknya parti itu bertegas dengan konsensus Pakatan Harapan untuk mencalonkan Presiden PKR sebagai PM-9.

Perkara itu disuarakan dalam kenyataan PKR, selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan anggota parlimen PKR dalam talian pagi ini.

“Walau bagaimanapun, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri, dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri,” katanya.

Bagaimanapun, parti itu terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir “demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya”.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke sebelum ini menggesa PKR menyatakan pendirian berhubung tawaran kombinasi Dr. Mahathir sebagai perdana menteri dan Anwar sebagai timbalan perdana menteri seperti dibincang dalam mesyuarat PH Plus.

PH Plus merupakan nama yang kini digunakan merujuk gabungan PKR, Amanah DAP dan Mahathir dan penyokongnya, serta Warisan.

Dr Mahathir sebelum ini dikatakan mencadangkan agar beliau diberi enam bulan untuk memimpin sebagai perdana menteri sebelum menyerahkannya kepada Anwar.

Malaysiakini melaporkan, Loke berkata, cadangan itu diterima oleh DAP dan Amanah.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button