fbpx
Ekonomi

Langganan turun, unjuran pendapatan Astro dijangka susut

Penurunan dalam permintaan serta hasil langganan dan penangguhan acara sukan merupakan cabaran yang akan menyulitkan Astro bagi mendapat lonjakan pada tahun akan datang.

RHB dalam satu nota penyelidikan hari ini menjelaskan ia telah menurunkan unjuran pendapatan teras untuk tahun kewangan yang akan datang selepas menjangkakan penyusutan dalam hasil dari tahun ke tahunnya.

“Kami mejangkakan pendapatan teras tahun kewangan 2021 terus jatuh sebanyak 11 peratus berikutan penundaan kandungan sukan (Olimpik dan Euro 2020). Kos purata wajaran kami dinaikkan kepada 9.8 peratus berbanding sembilan peratus sebelumnya bagi mengira masuk premium berisiko tinggi yang terkait dengan pandemik serta perubahan dalam tingkah laku pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Public Investment Bank berkata selepas Astro mencatatkan hasil yang lebih rendah dalam suku pertama (lebih rendah daripada jangkaan pasaran), badan pelaburan itu telah mengurangkan anggaran pendapatan tahun kewangan 2021 sehingga tahun kewangan 2023.

“Pandemik COVID-19 yang telah membawa impak yang tidak pernah berlaku telah menghasilkan separuh pertama yang sangat lemah. Bagaimanapun, kami berpendapat pendapatan mampu pulih secara beransur-ansur pada suku yang akan datang selepas ekonomi dibuka semula,” katanya.


Badan pelaburan itu juga meramalkan pendapatan separuh kedua yang lebih tinggi disebabkan oleh tahap kemusiman.

“Kumpulan ini terus menjadi kegemaran kami memandangkan kemampuannya untuk memberi tindak balas yang pantas dalam menyesuaikan diri dengan normal baharu, pengoptimuman kos yang berterusan dan keupayaannya bagi merebut peluang dalam mewujudkan aliran pendapatan baharu melalui platform beli-belah, jalur lebar, OTT dan digital,” katanya.

Saham-saham Astro telah berada di bawah tekanan sejak semalam selepas pengumuman keputusan dan masih meneruskan momentum menurun, ia susut enam sen kepada 92 sen pada 11.05 pagi tadi dengan 11.17 juta saham didagangkan.BERNAMA

 

(Visited 4 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button