CelotehNasionalPolitikRencah Hidup

Disuruhnya Kita Mengundi Pemimpin Berwibawa Jika Pilihan Raya Umum Dilaksanakan!

Kadang-kadang kelakar melihat segelintir ahli sesetengah parti politik yang ghairah menyuruh orang awam memilih pemimpin yang berwibawa dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Padahal.. ingat kita tak tahu ke yang dia sebenarnya nak suruh kita pilih mana-mana individu yang ada dalam parti dia untuk diangkat sebagai pemimpin jika masuk gelanggang untuk bertanding?

Sudah-sudahlah, sayang. Penulis cuma lihat MAJORITI pemimpin yang ada pada hari ini, sehingga ke saat ini cuma pemimpin kitar semula. Tidak ada yang baharu dan berwibawa.

Jika ada yang berwibawa sekali pun, hidup kena fitnah dan dijatuhkan oleh musuh politik durjana namun dipercaya bulat-bulat oleh orang awam yang ‘suka baca tajuk, bukan isinya’.

Faham tak? Maksudnya.. gemar percaya dengan persepsi dan permainan media yang dikawal oleh mereka. Percaya dengan penulisan cybertroopers, blogspot dan gambar edit.

Oleh sebab itu kita sebagai masyarakat yang gemar membaca ini sebenarnya lebih bijak dan jangan pelik kalau kita melihat golongan ‘suka baca tajuk, bukan isinya’ sebagai kolot.

Namun yang kolot inilah lebih selalunya menjadi toksik dan masyarakat dijangkiti dengan barahnya kian semakin parah lalu berakar umbi dalam tindakan serta pemikiran kita.

Berbalik kepada isu pemimpin yang berwibawa, golongan ini pula seolah-olah sudah penat untuk bertarung dengan ahli politik yang bodoh serta bebal tahap dewa.

Sebab itu kalau kita tanya semula kepada masyarakat, berikan 10 nama pemimpin Melayu Islam yang berwibawa dan dipercayai mampu mentadbir Malaysia dengan baik, pasti MAJORITI gagal menjawab.

Jadi celah mana wujudnya pemimpin berwibawa dalam zaman ini yang semakin menuju PRU pada bila-bila masa sahaja nanti? Tiada bukan?

Masih nak bergantung pada pemimpin kitar semula? Tahu tak apa maksud kitar semula itu? Sampah.. sampah yang masih ada nilai tetapi dibuang awal-awal sebab dah tak boleh pakai.

Itu pemimpin berwibawa yang kau cakap? Itu spesis ahli politik tua dan lama dalam sistem demokrasi Malaysia yang kau nak suruh aku undi? Bermimpi sahajalah, sayang!

  • The Professor

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button