fbpx
Nasional

Disinfeksi COVID-19: DBKL tutup pasar berbangunan

PASAR Borong Kuala Lumpur (PBKL) dan pasar berbangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditutup bermula semalam dan hari ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi wabak Covid-19 dapat dilakukan.

DBKL dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, sehubungan itu, operasi PBKL akan ditutup pada setiap hari Ahad manakala pasar-pasar berbangunan DBKL pada setiap hari Isnin.

Dalam notis penutupan yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, beliau memaklumkan bahawa penjaja dan peniaga pasar yang terlibat dikehendaki mengosongkan gerai daripada barangan jualan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan barang lain.

Beliau menegaskan, pihak DBKL tidak akan bertanggungjawab sekiranya barang-barang para peniaga rosak akibat kerja-kerja itu.

“Kerjasama tuan dan puan amat diharapkan,” katanya dalam arahan notis penutupan itu.


Menurut notis itu, 16 pasar berbangunan di enam Parlimen terlibat dalam kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi bermula hari ini iaitu dari pukul 8.00 pagi tadi sehingga 12 tengah malam.

Pasar Borong Kuala Lumpur pula, kerja-kerja disinfeksi dijalankan semalam bermula pukul 8.00 pagi hingga 3.00 pagi tadi.

Antara kawasan parlimen yang terlibat adalah Parlimen Batu, Titiwangsa, Segambut, Wangsa Maju, Setiawangsa dan Kepong. – SM

 

Show More

Related Articles

Back to top button