Dini Schatzmann tutup komen selepas promosi minuman jenama Israel
Pelakon, Dini Schatzmann bertindak menutup ruangan komen media sosialnya apabila dia mempromosikan jenama minuman yang dikaitkan oleh Israel.
Menerusi foto yang di muat naik oleh Dini itu dilihat sedang menikmati minuman tin itu seolah-seolah tidak sensitif tentang peperangan yang sedang terjadi di bumi Palestin.
‘’Minuman kegemaran sepanjang masa yang melengkapkan setiap hidangan dan membuatkan semuanya sempurna,’’ tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Rata-rata para pengikutnya meninggalkan komen tidak puas terhadap suami kepada aktress Janna Nick itu termasuk ugutan segelintir yang mahu memboikot kerjaya seninya itu.
Enggan terus menjadi isu yang berpanjangan, Dini bertindak untuk menutup ruangan komen supaya terjadi perbalahan antara pengikutnya.
Sebelum ini ramai selebriti tempatan menunjukkan sokongan terhadap perjuangan Palestin melalui media sosial masing-masing malah mengutuk sekeras-kerasnya terhadap Zionis yang membunuh penduduk gaza dengan kejam.
Artikle Berkaitan :>
Janna Nick & Dini bakal berkahwin 10 Jun
Cantik dan aktif berkarya, Janna Nick terima Anugerah Ikon Ekspresi Seni daripada Finas!