Uncategorized

Diana Danielle fail cerai kerana sudah tidak boleh hidup bersama Farid Kamil

DIANA Danielle memfailkan cerai terhadap Farid Kamil kerana sudah tiada persefahaman fan tidak boleh lagi hidup bersama, kata peguamnya, Datuk Akbardin Abdul Kader.

Akbardin berkata demikian selepas memfailkan permohonan rujuk yang belum didaftarkan dan perceraian kali kedua di Mahkamah Syariah Rendah Wilayah Persekutuan, hari ini.

“Sebutan pertama akan berlaku pada 20 November ini. Kita akan serahkan permohonan kepada defenden iaitu Farid Kamil dan dia perlu hadir ke mahkamah.

“Sebab perceraian di bawah seksyen 47 mereka tidak boleh lagi hidup bersama dan tiada persefahaman. Berlaku shiqaq iaitu pergaduhan yang tidak boleh dibaiki.

“Dengan semua alasan itu, Diana memohon perceraian,” katanya seperti yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Menurut Akbardin, sekiranya pihak Farid Kamil enggan memberi kerjasama untuk perceraian bersama (mutual divorce) maka proses akan berlangsung lebih panjang.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button